Saturday, April 27, 2013

Saya pernah memukulnya

Seorang ibu bercakap dengan saya selepas satu program di Bangi: "Saya pernah jadi ibu E. Saya pukul si anak. Anak remaja lelaki saya sekarang tidak mahu bercakap dengan saya. Saya hantar sekolah, dia senyap sahaja di tepi saya. Apa perlu saya buat? " Si ibu sedih dan hampir gugur air matanya.

Kalau ayahnya pemarah?

Seorang ibu bertanya pada saya pada satu program di Bangi hujung April 2013: "Saya kasihan anak saya. Si ayah marah tak putus-putus kalau dia buat silap. Sudah habis dimarah depan orang ramai, disambung lagi di meja makan. Diungkit-ungkitnya. Anak saya nampak tertekan. Bagaimana saya nak baiki? Saya tidak mahu anak saya jatuh keyakinan."