Tuesday, August 12, 2014

Ibu Bapa Sebagai Hamba ar-Rahman

Siapa rakyat yang paling dihormati?
Yang sering dapat berinteraksi dan berjumpa dengan si Raja. Malah digelar sebagai 'dekat dengan si Raja'.

Siapa pekerja yang disegani?
Yang sering dapat berinteraksi dengan bos - atau diberi gelaran atau anugerah mulia oleh kepimpinan syarikat.

Apabila seseorang itu rapat dengan yang mulia, dia akan dianggap mulia - walaupun ada yang tidak berpuas hati. Apabila dekat dengan Yang Maha Mulia, akan dianggap mulia.  Apabila dekat dengan Maha Pengasih, akan dilimpahi kasih dan rahmat dari Yang Maha Pengasih. Dari ar-Rahman.