Framework A+ adalah untuk diamalkan dan dicuba dari semasa ke semasa
Ketika Adam habis mandi, beliau memakai pakaian di belakang sofa. Ada car seat di situ. Beliau duduk di situ dengan yoyo yang dibelikan khas untuknya.
Datang adiknya Maryam ingin merampas yoyo. Adam dan Maryam berebut dan menjerit. Maryam menangis. Adam menangis.
Saya datang untuk meleraikan. Kerana Adam lebih besar, saya ingin mendidik beliau lebih segera. Saya fokuskan kepada beliau agar 'mengalah' kepada si adik. Hanya orang menang boleh mengalah. Kalau sudah kalah, tiada peluang untuk 'mengalah'.
(Connect)
"Adam nak hadiah?" ketika Adam menangis dan ingin berebut yoyo.
Dia mengangguk. Saya panggil ke tingkat atas. (Acknowledge)
"Bagus kerana Adam mengalah. Siapa yang baik dengan adik, akan jadi orang yang berjaya. Sebagai ganjaran, abah nak bagi hadiah. Tapi cerita dulu apa yang berlaku. (Serve dan Inquire)"
"Kalau begitu, Adam nak hadiah apa?
Duit
Makanan
Permainan
Buku
Jalan dengan abah
Minum teh 'buih dengan abah
(Choice)
"
Adam menjawab "Buku."
"Nanti abah check samada bookxcess buka atau tidak."
Buka walaupun cuti Tahan Baru Cina.
"Jadi Adam duduk rumah sekejap. Abah ke pejabat. Lepas itu insha-allah kita beli buku. Selalu ingat, kalau Maryam nak bergaduh atau sesiapa nak bergaduh, Adam berikan sahaja. Pasal Adam akan dapat hadiah special dari Abah. Hadiah yang Adam pilih."
Adam angguk.
No comments:
Post a Comment