Monday, August 27, 2012

Hajar terjatuh

Satu pagi selepas hari raya, Hajar, Adam dan Maryam seperti biasa akan bersiap untuk ke tadika. Pagi ini hujan. Sesampainya di sekolah, saya memayungi Adam dahulu. Hajar membuka pintu depan kereta untuk keluar tanpa payung. Saya yakin Hajar ingin segera juga masuk ke kelas.

Tiba-tiba saya mendengar suara tangisan. Hajar terjatuh. Basah seluar sekolahnya. Baju sedikit basah. Beliau berdiri mengadu kesakitan. Saya tidak sempat untuk melihat bagaimana ia jatuh.

Jika Bapa C, apa yang akan dibuat: "Macam mana jatuh? Dekat mana jatuh? Kasut apa yang dipakai hari ini sehingga jatuh."

Jika Bapa D, "Macam mana boleh jatuh ? Tak tengok ke hujan nie ?

Jika Bapa E: Dipukul si anak kerana terjatuh dan tidak mengikut nasihat si ayah untuk berhati-hati dan jangan jatuh!



Teringat sahaja bahawa yang penting ialah penyelesaian dan jaga emosi si anak, saya lantas bertanya "Sakit di mana ?" Hajar menunjukkan kakinya yang sakit. Basah. Dia menangis. Hujan masih mencurah walaupun tidak lebat.

Saya minta dia masuk ke dalam kereta. Saya hantar Maryam selepas Adam pergi dahulu.

Masuk ke kereta, "Hajar nak pergi sekolah atau nak balik ?"

Hajar tidak menjawab.

"Pergi sekolah?" Tiada jawapan sambil tangis.
"Balik?" Anggukan diterima sambil tangis.

Saya bawa Hajar ke rumah untuk bertukar pakaian. Sampai di rumah nanti akan saya semak samada beliau ingin ke sekolah kembali atau tidak. Saya sudah beritahu cikgunya. Sekolahnya penting, tetapi emosinya hari ini lebih penting. Ada 2 adiknya yang akan terkesan. Tetapi itu belum pasti. Saya selesaikan satu persatu untuk menjadi Bapa A atau A+. Saya koreksi diri: apa dosa hari ini sehingga si anak terjadi begitu ? Alhamdulillah jatuh sikit. Jadikan aku bapa A+ Ya Allah!

No comments:

Post a Comment