Bagaimana menyelesaikan perkara ini?
"Tolaklah kejahatan Yang dilakukan kepadamu Dengan cara Yang sebaik-baiknya, Kami Maha mengetahui apa Yang mereka katakan itu." (Surah al-Mukminoon ayat 96)
Si ibu perlu bertindak A+.
Walaupun si ayah berwatak D, si ibu yang bertanya perlu mencari titik A+. Sering berlaku kesilapan peringkat D atau E di balas dengan C atau B. Ia kurang sesuai.
Ayah dengan watak D mempunyai elemen IES yang negatif. Ibu A+ akan membalas dengan IES positif. Mari kita ikuti butirannya.
Doakan diri sendiri, si suami dan anak diberi hidayah (S+)
Dengan asas doa, ia membina sistem kepercayaan yang mantap.
Si ibu tidak akan memalukan si ayah di depan anak (E+)
Elakkan malukan si ayah depan anak. Kecuali kalau ia melibatkan kesilapan spiritual yang dinyatakan secara spesifik dalam al-Quran dosanya, hal lain perlu diusahakan cara teguran secara personal dan pada masa sesuai. Si ibu akan menyendukkan nasi kepada si ayah, akan bertanya si anak ingin makan apa, dan pelbagai perkara CASIC sebanyak mungkin untuk meredakan suasana di meja makan.
Si ibu tahu strategi dan ada ilmu menyelesaikan (I+).
Antara ilmu penting:
- Anak mungkin jatuh harga diri. Namun si anak dibekalkan ilmu, si anak tetap akan menjadi anak bersyukur dan taat pada Allah serta ibu bapanya. Ia boleh dilaksanakan oleh si ibu.
- Teknik terbaik mengajar pada suami ialah berbuat baik dengan asas emosi dan akhlak yang positif. (Idfa' billati hiya ahsan)
- Si ibu akan coach si anak dari semasa ke semasa untuk menghargai dan bersyukur - bukan sekadar ajar dan bebel serta paksa.
- Si ibu akan cuba melihat sisi positif pada apa yang dibuat oleh si ayah D, dan buktikan pada diri betapa pertolongan Allah amat diperlukan setiap masa untuk membuat perubahan.
No comments:
Post a Comment