Bagaimana menyelesaikan perkara ini?
"Tolaklah kejahatan Yang dilakukan kepadamu Dengan cara Yang sebaik-baiknya, Kami Maha mengetahui apa Yang mereka katakan itu." (Surah al-Mukminoon ayat 96)
Realiti si anak tidak mahu bercakap dengan si ibu
Ada beberapa kemungkinan. Samada dia terasa hati (E), dia rasa tidak dihargai (E), dia tidak tahu ingin cakap apa dengan si ibu (I) atau dia tidak mampu bersyukur dengan apa yang ibunya lakukan kebaikan (S)
Secara ringkas si anak boleh berada di peringkat D atau C. Kalau beliau memukul si adik atau ibu, itu sudah jadi E.
Jika dalam keadaan D, beliau marah kepada si ibu dan tidak mahu berinteraksi dengan baik dengan si ibu dan dalam masa yang sama tidak berminat untuk menjaga hati si ibu lagi.
Si ibu perlu bertindak A+
Apa yang telah dibuat masa lalu pasti memberi kesan kepada si anak. Namun si ibu boleh bertaubat kepada Allah dan dalam masa yang sama, membanyakkan kebaikan kepada si anak. Inilah kaedah untuk membalas anak yang tidak mahu melayan si ibu atau tidak mahu bercakap.
Doakan untuk si anak menjadi penyejuk mata (S+)
Ini adalah doa terbaik.
Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Apabila si anak didoakan yang terbaik dan menjadi penyejuk mata serta imam orang bertaqwa, beliau akan diberi bantuan oleh Allah.
Komunikasi dengan anak menggunakan CASIC (E+)
Banyakkan komunikasi terbaik dengan anak samada berdepan, SMS atau FB atau apa sahaja yang ada. Laksanakan coaching kepada si anak bila ada masa. Pimpin si anak mengikut situasi beliau.
Tahu realiti si anak (I+)
- Anak remaja mencari identiti.
- Anak lelaki biasanya kurang bercakap kecuali topik dan bahasa yang beliau minat. Kenalpasti perkara itu.
- Kenalpasti kawannya dan hargai mereka. Perhatikan cara cakap mereka. Asas untuk mendapatkan hati si anak ialah kita melaksanakan CASIC terbaik bersama dengannya.
- Seorang manusia akan benar-benar bersyukur ketika 40 tahun pada dua ibu bapanya. Si ibu akan tetap mendidik si anak untuk merasai erti syukur sebenarnya melalui emosi/ akhlak, bukannya intelek atau ceramah atau bebel.
وَوَصَّيْنَا
الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا
وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ
أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ
عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي
ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (١٥)
15. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan
telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya
beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan.
setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan
sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang
Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap
mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan
meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat
kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh
kepadaMu)". (Surah al-Ahqaf)
No comments:
Post a Comment