Saturday, April 27, 2013

Saya pernah memukulnya

Seorang ibu bercakap dengan saya selepas satu program di Bangi: "Saya pernah jadi ibu E. Saya pukul si anak. Anak remaja lelaki saya sekarang tidak mahu bercakap dengan saya. Saya hantar sekolah, dia senyap sahaja di tepi saya. Apa perlu saya buat? " Si ibu sedih dan hampir gugur air matanya.

Kalau ayahnya pemarah?

Seorang ibu bertanya pada saya pada satu program di Bangi hujung April 2013: "Saya kasihan anak saya. Si ayah marah tak putus-putus kalau dia buat silap. Sudah habis dimarah depan orang ramai, disambung lagi di meja makan. Diungkit-ungkitnya. Anak saya nampak tertekan. Bagaimana saya nak baiki? Saya tidak mahu anak saya jatuh keyakinan."

Sunday, February 10, 2013

Bagaimana ingin meminta anak melakukan sesuatu gaya A+


Berikut ialah kaedah yang dibentangkan oleh seorang ahli psikologi dalam bukunya How to Get People to Do Stuff: Master the art and science of persuasion and motivation. Ia ditulis Susan Weinschenk.

Menurut beliau, ada 7 perkara tekniknya.

Friday, February 8, 2013

Anak gaduh..leraikan cara A+

Framework A+ adalah untuk diamalkan dan dicuba dari semasa ke semasa

Ketika Adam habis mandi, beliau memakai pakaian di belakang sofa. Ada car seat di situ. Beliau duduk di situ dengan yoyo yang dibelikan khas untuknya.

Datang adiknya Maryam ingin merampas yoyo. Adam dan Maryam berebut dan menjerit. Maryam menangis. Adam menangis.

Friday, February 1, 2013

Orang tua derhaka

Biasanya dengar anak derhaka.

Namun, dalam Eksiklopedia Keluarga Sakinan oleh Muhammad Thalib, disenaraikan beberapa ciri orang tua derhaka.


  1. Salah memilih calon ibu atau ayah
  2. Menafkahkan anak dari sumber haram
  3. Mengajak anak kepada kemusyrikan
  4. Menghalang anak mengamalkan agama
  5. Tidak mempedulikan nafkah anak
  6. Tidak mementingkan pendidikan anak-anak
  7. Meletakkan anak di persekitaran yang tidak baik
  8. Memaksa anak nikah dengan orang yang tidak disukai
  9. Menghalang anak menikah
  10. Tidak adil pada anak
  11. Membiasakan hal buruk kepada anak
  12. Menyerahkan asuhan kepada non-Muslim
  13. Membebani tugasan di luar kemampuannya
  14. Melahirkan anak luar nikah 
  15. Membiasakan anak boros
  16. Membina suasana maksiat di luar rumah 
  17. Memberi nama buruk
  18. Tidak mengaku sebagai anak
  19. Membunuh anak