Menjadi ibu bapa adalah satu perjuangan yang bukan sekadar di dunia tetapi juga melangkau ke akhirat. Seruan Allah dalam al-Quran ialah untuk menjaga diri dan ahli keluarga. Bukan organisasi atau institusi. Ini disebabkan diri dan keluarga adalah ruang yang boleh kita pengaruh untuk melaksanakan kebaikan - yang akhirnya akan terjelma dalam masyarakat.
Apabila seseorang menjadi ibu bapa, berikut ialah beberapa kesan:
Menguruskan tanggungjawab bersama anak
Nafkah anak ada fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Kalau ia tidak ditunaikan dengan baik, ia akan memberi kesan kepada tumbesaran si anak. Ia adalah aset ,tetapi ia juga boleh menjadi liabiliti. Ia boleh menjadi sumber saham ke syurga, tetapi juga menarik ke neraka.
Menguruskan pasangan
Urusan nafkah ini akan melibatkan tanggungjawab si pasangan menguruskan dinamik sesama suami isteri. Apabila emosi si ibu atau ayah stabil, ia akan memberi kesan kepada si anak. Apabila si ayah ibu ada ilmu menguruskan fasa tumbesaran anak, ia akan memberi kesan baik.
Namun jika tanpa ilmu, perasaan dan iman yang dibajai, membesarkan si anak hanya akan berfokuskan kepada nilai fizikal sahaja. Ia akan memberi kesan negatif.
Fasa perubahan si anak
Perubahan pada diri si anak perlu dipantau dan dididik dengan cara terbaik. Ayah ibu adalah trainer atau jurulatih terbaik dengan modul sepanjang tahun. Tanpa modul, training tersebut tidak membawa natijah yang berkesan. Modul training yang menarik dan berteraskan kepada ilmu yang mantap akan membawa natijah yang besar dalam kehidupan.
Tanpanya, si anak lahir, namun potensi si anak tinggal terkulai.
Ibu Ayah A+
Wednesday, November 26, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Ibu Bapa Sebagai Hamba ar-Rahman
Siapa rakyat yang paling dihormati?
Yang sering dapat berinteraksi dan berjumpa dengan si Raja. Malah digelar sebagai 'dekat dengan si Raja'.
Siapa pekerja yang disegani?
Yang sering dapat berinteraksi dengan bos - atau diberi gelaran atau anugerah mulia oleh kepimpinan syarikat.
Apabila seseorang itu rapat dengan yang mulia, dia akan dianggap mulia - walaupun ada yang tidak berpuas hati. Apabila dekat dengan Yang Maha Mulia, akan dianggap mulia. Apabila dekat dengan Maha Pengasih, akan dilimpahi kasih dan rahmat dari Yang Maha Pengasih. Dari ar-Rahman.

Saturday, April 27, 2013
Saya pernah memukulnya
Seorang ibu bercakap dengan saya selepas satu program di Bangi: "Saya pernah jadi ibu E. Saya pukul si anak. Anak remaja lelaki saya sekarang tidak mahu bercakap dengan saya. Saya hantar sekolah, dia senyap sahaja di tepi saya. Apa perlu saya buat? " Si ibu sedih dan hampir gugur air matanya.
Kalau ayahnya pemarah?
Seorang ibu bertanya pada saya pada satu program di Bangi hujung April 2013: "Saya kasihan anak saya. Si ayah marah tak putus-putus kalau dia buat silap. Sudah habis dimarah depan orang ramai, disambung lagi di meja makan. Diungkit-ungkitnya. Anak saya nampak tertekan. Bagaimana saya nak baiki? Saya tidak mahu anak saya jatuh keyakinan."
Sunday, February 10, 2013
Bagaimana ingin meminta anak melakukan sesuatu gaya A+
Berikut ialah kaedah yang dibentangkan oleh seorang ahli psikologi dalam bukunya How to Get People to Do Stuff: Master the art and science of persuasion and motivation. Ia ditulis Susan Weinschenk.
Menurut beliau, ada 7 perkara tekniknya.
Friday, February 8, 2013
Anak gaduh..leraikan cara A+
Framework A+ adalah untuk diamalkan dan dicuba dari semasa ke semasa
Ketika Adam habis mandi, beliau memakai pakaian di belakang sofa. Ada car seat di situ. Beliau duduk di situ dengan yoyo yang dibelikan khas untuknya.
Datang adiknya Maryam ingin merampas yoyo. Adam dan Maryam berebut dan menjerit. Maryam menangis. Adam menangis.

Friday, February 1, 2013
Orang tua derhaka
Biasanya dengar anak derhaka.
Namun, dalam Eksiklopedia Keluarga Sakinan oleh Muhammad Thalib, disenaraikan beberapa ciri orang tua derhaka.
Namun, dalam Eksiklopedia Keluarga Sakinan oleh Muhammad Thalib, disenaraikan beberapa ciri orang tua derhaka.
- Salah memilih calon ibu atau ayah
- Menafkahkan anak dari sumber haram
- Mengajak anak kepada kemusyrikan
- Menghalang anak mengamalkan agama
- Tidak mempedulikan nafkah anak
- Tidak mementingkan pendidikan anak-anak
- Meletakkan anak di persekitaran yang tidak baik
- Memaksa anak nikah dengan orang yang tidak disukai
- Menghalang anak menikah
- Tidak adil pada anak
- Membiasakan hal buruk kepada anak
- Menyerahkan asuhan kepada non-Muslim
- Membebani tugasan di luar kemampuannya
- Melahirkan anak luar nikah
- Membiasakan anak boros
- Membina suasana maksiat di luar rumah
- Memberi nama buruk
- Tidak mengaku sebagai anak
- Membunuh anak
Subscribe to:
Posts (Atom)